Ahmad Busu meninggal dunia akibat angin ahmar

Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Akibat Angin Ahmar
Ahmad Busu meninggal dunia akibat penyakit strok.

Pelakon Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib pada Ahad.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini.
Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.
"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.
"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak.
Pelakon dan pelawak veteran Ahmad Busu, 60, yang lebih dikenali sebagai Mat Deris dalam sitkom `Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ meninggal dunia akibat strok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, awal malam tadi.

Beliau yang menghidap diabetes sejak 20 tahun lalu, sebelum ini dilaporkan terkena serangan strok dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum dirawat di HTAR hingga menghembuskan nafas terakhir, kira-kira 8 malam tadi.

Jenazah beliau akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Sri Andalas Klang dekat sini.

Ahmad sering digandingkan dengan Imuda yang memegang watak Budin dalam siri komedi popular pada 1980-an hingga 1990-an itu yang mengisahkan kehidupan masyarakat berbilang kaum di Kampung Seri Wangi.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.