Siti Aisah diiktiraf ACCA sebagai pelajar ke-7 terbaik dunia

Anak Peniaga Pasar Malam Terbaik ACCA Ke-7 Dunia 2013

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)




Siti Aisah Kamarulzaman, 21, bukan sahaja menjadi kebanggaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila menjadi graduan Terbaik Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) Malaysia tahun ini tetapi juga mencatat sejarah sebagai yang ketujuh terbaik di dunia.

Kejayaan gadis itu meneruskan kejayaan abangnya, Khalid, 22, yang juga merupakan pelajar Terbaik ACCA Malaysia 2012.

Sebanyak 724 orang mengambil peperiksaan itu di negara ini Jun lalu dan 6,000 orang menduduki peperiksaan yang sama di seluruh dunia.

Siti Aisah berkata, resipi kejayaan beliau ialah belajar dengan tekun seperti yang sering dinasihatkan oleh bapanya, Kamarulzaman Udin dan ibunya, Sa'adah Rahmad.

''Ayah saya dahulu adalah peniaga pasar malam dan ibu pula seorang guru, saya diajar untuk belajar dengan tekun supaya berjaya dalam pelajaran," katanya kepada pemberita dalam majlis meraikan pencapaian beliau yang menerima anugerah Graduan Terbaik ACCA Malaysia oleh Fakulti Perakaunan UiTM di Dewan Canseleri di sini hari ini.


Potensi yang ada pada pelajar tersebut turut menarik perhatian firma perakaunan yang kelima terbesar dunia, Binder Dijker Otte (BDO) dari Amerika Syarikat (AS) yang juga menawarkan biasiswa kepadanya.

Menurut Siti Aisah, beliau juga ditawarkan pekerjaan sebagai Audit Associate di firma perakaunan tersebut di cawangannya di negara ini.


Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kejayaan Siti Aisah bukan sahaja menjadi kebanggaan UiTM malah rakyat negara ini.


''Siti Aisah juga telah menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang semasa menduduki peperiksaan profesional Certified Accounting Technician (CAT) pada Jun 2011.

''Beliau juga merupakan pelajar yang aktif dan banyak melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan, contohnya, 'Deloitte Tax Challenge (Merit Award 2012) dan 'CIMA Global Business Challenge'," katanya.


Kata beliau, dalam usia masih muda, Siti Aisah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan profesional di Fakulti Perakaunan UiTM, satu-satunya institut pengajian tinggi awam yang mendapat status Platinum daripada ACCA.


''Kita semua harus berbangga dengan kejayaan cemerlang sebagai graduan terbaik yang dicapai oleh Siti Aisah," katanya.

Berikut merupakan keputusan dari laman rasmi Deloitte Malaysia

Picture
Siti Aisah Kamarulzaman



Best Graduates Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) Malaysia and the 7th best in the world for June 2013 Examination Session

Congratulations Siti Aisah Kamarulzaman for the merit award in the individual category

We are pleased to announce below the results of the recent Deloitte Tax Challenge:

Team Category
Champion : Taxology – TARC
1st runner up: Plan.my.money – Sunway TES
2nd runner up: Taxobusters – TARC
Merit award: Finalist – Sunway TES
Merit award: Detaxtive - UM

Individual Category
Champion: Lee Tze Yang - TARC
1st runner up: Sajida Bibi - APU
2nd runner up: Jazmina Jamaludin – Sunway TES
Merit award:Tee Khai Shin - UM
Merit award: Siti Aisah - UiTM

Congratulations to all winners!


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.