Kenderaan rasmi baru KM Pulau Pinang Mercedes Benz

Lim Guan Eng (kanan) bersama kereta Mercedes barunya.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Guan Eng Guna Mercedes-Benz S300L Sebagai Kenderaan Rasmi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L bagi kegunaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Jait berkata, Ketua Menteri diberikan dua kereta iaitu Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300, namun Guan Eng hanya menggunakan satu kenderaan sahaja.


Menurutnya lagi, Mercedes-Benz yang digunakan Guan Eng berharga RM298,263.75.

“Kereta Mercedes-Benz S300L itu dikecualikan daripada cukai dan telah diberikan diskaun istimewa sebanyak RM100,000," kata Mokhtar.

“Pembekal kereta Mercedes-Benz itu turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak perlu membeli Mercedes-Benz S300L dan boleh mengembalikannya kepada pembekal sekiranya pengecualian cukai tidak diberikan."


Harga sebenar bagi Mercedes-Benz S300L itu adalah RM657,218.

Mokhtar berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri telah diadakan pada 20 November lalu dan keputusan sepakat dibuat untuk pembelian kereta mewah itu menggantikan kereta Toyota Camry 2.5 yang akan digunakan oleh Timbalan Speaker, Maktar Shapee.


Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.