Warga Emas khuatir keselamatan diri selepas menang RM 1 Juta dari BSN

RM1 juta - Nenek Jadi Jutawan Segera. Tuah Ayam Nampak Dikaki, Tuah Manusia Siapa tahu

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Pemenang SSP BSN 1 JUTA Cabutan 28 Desember 2013

“Sebaik mengetahui saya memenangi wang bernilai RM1 juta, saya menangis kerana gembira ditambah takut memikirkan keselamatan diri selepas ini,” kata suri rumah, Rokeah Mohd Sidek, 77, yang menerima ‘durian runtuh’ sebaik diumumkan pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), kelmarin.

Lebih menarik, ibu kepada empat anak itu bercadang mahu mengeluarkan semula wang simpanan dalam SSP itu minggu ini berikutan tidak nampak hasil selama 23 tahun melabur, sebelum dibantah anak lelakinya berusia 40 tahun yang juga seorang guru.

Picture
“Sepatutnya minggu ini saya mengeluarkan wang simpanan itu kerana memikirkan tidak mahu lagi menyimpan dengan BSN, sebelum anak lelaki meminta supaya membiarkan saja.

“Tidak sangka belum sempat saya mengeluarkan wang itu, semalam (kelmarin) saya diumumkan memenangi wang RM1 juta,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Katanya yang sudah kematian suami berkata, dia mula menyimpan RM300 hingga RM400 sebulan menggunakan wang pencen suami yang dulu bertugas sebagai guru.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.