Cara Memohon Rumah PR1MA Perumahan Rakyat 1 Malaysia Online

Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1 Malaysia Online

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1 Malaysia Online

Borang Permohonan PR1MA Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia kini sudah mula dibuka secara online.

Ini sangat memudahkan semua rakyat untuk mengemukan pendaftaran.

Kalau sebelum ni, permohonan hanya boleh dibuat melalui sistem pos, sekarang dah boleh dibuat secara online sahaja.


Pendaftaran Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)  akan dibuka mulai 8 Disember 2012.


Tujuan PR1MA

PR1MA dibuka khas untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki sebuah rumah kos sederhana yang selesa.


Cara Daftar Borang PRIMA 1 Malaysia Online

Berikut adalah cara isi dan daftar borang Prima 1 Malaysia secara Online. Umum sudah ketahui bahawa borang Prima sudah pun boleh dipohon oleh semua pemohon yang layak.

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. 

PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama.

Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00



Syarat Kelayakan

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  3. Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  5. Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri



Cara Daftar Borang Prima 1 Malaysia Projek Perumahan


1. Pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum membolehkan anda mengakses borang permohonan.

2. Untuk membuat pendaftaran sila layari http://www.pr1ma.my/howtoapply.html

3. Sila baca syarat kelayakan terlebih dahulu dan dokumen yang diperlukan.

4. Bila sudah bersedia sila daftar akaun anda.


Nota Khas Buat Pemohon

  • Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
  • Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
  • Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
  • Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.

Antara Contoh Rumah PR1MA



Video Iklan PR1MA 1 MALAYSIA



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.