(Gambar) kereta Myvi menjunam dari tingkat 4 letak kereta di Star Asia City Complex

Kereta jatuh dari bangunan beralamat di Bangunan Star City, Asia City, Kota Kinabalu. Terima Panggilan: 07:34:00 (MERS999) Tiba di lokasi: 07:43:00 BBP Kota Kinabalu respon ke tempat kejadian. Keanggotaan: K/O PBK II Zainal Ismail bersama 7 org anggota. Laporan awal melibatkan Kereta jenis Myvi terjatuh dari tingkat 4 ke tingkat bawah (ground floor). Seorang mangsa lelaki tersepit telah dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dibawa ke hospital oleh pihak ambulan.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Dilaporkan pagi tadi ada kejadian kereta (MyVi) jatuh dari tempat letak kereta tingkat 4 Star City Complex , dan jatuh ke bawah (ground floor), seorang mangsa dilaporkan tersepit, tetapi berjaya diselamatkan dan sudah dibawa ke hospital dengan ambulan.

Seorang lelaki parah apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan letak kereta di sebuah pusat beli belah di Kompleks Asia City, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Mangsa berusia 50-an ditemui dalam keadaan tersepit namun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabalu sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.

Picture
KEADAAN kereta yang terjunam dari tingkat empat bangunan letak kereta.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.