Google Inc beri penghormatan sempena tarikh lahir Yasmin Ahmad

Google beri penghormatan sempena tarikh lahir Yasmin Ahmad Google Malaysia memaparkan gambar Yasmin yang seakan dilukis dengan warna air, seperti poster filem arahannya, Sepet, berserta logo enjin carian itu, hari ini. - Foto google.com

Beliau dilahirkan pada 7 Januari 1958.

Enjin carian popular dunia, Google, dalam lakaran terbarunya memberi penghormatan kepada pengarah dan penerbit iklan terkenal PETRONAS, Allahyarham Yasmin Ahmad sempena tarikh lahirnya, hari ini.


Penerima Anugerah Pengarah Filem dan TV Komersial yang menjadi tulang belakang kepada penerbitan iklan PETRONAS itu meninggal dunia pada 25 Julai 2009 pada usia 51 tahun.


Lakaran berkenaan memaparkan wajah Yasmin menerusi lukisan warna air yang turut digayakan bersama perkataan Google berdasarkan kepada tulisan yang terdapat pada poster filem ‘Sepet’.


Sepet adalah filem arahan beliau pada 2004 yang menarik perhatian masyarakat di negara ini dengan kisah cinta antara seorang budak lelaki Cina dan gadis Melayu.

Ini bukan kali pertama yang enjin carian itu menghasilkan lakaran bagi menghormati acara di Malaysia.

Bagaimanapun, ia adalah penghormatan pertama kepada seorang tokoh dari Malaysia pada enjin carian www.google.com.my.


Baru-baru ini, Google turut mewujudkan lakaran 'pilihan raya' ketika Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

Lakaran adalah satu perubahan menyeronokkan, mengejutkan dan kadang kala spontan yang dibuat ke atas logo Google bagi meraikan hari cuti umum, ulang tahun, kehidupan artis, perintis dan ahli sains.

Menurut laman web Google Doodles, sebelum syarikat ini ditubuhkan pada 1998, konsep lakaran ini sudah lama digunakan apabila pengasasnya, Larry dan Sergey menggunakan logo korporat syarikat itu bagi menghormati tetamu yang hadir pada festival ‘Burning Man’ di Nevada.


Sejak itu, pasukan ‘Doodler’ syarikat itu sudah menghasilkan lebih 1,000 lakaran pada laman web Google di seluruh dunia.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.