Presiden Korea Utara menjatuhkan hukuman keatas 100 orang ahli keluarganya sendiri

Presiden Korea Utara menjatuhkan hukuman keatas 100 orang ahli keluarganya sendiri

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Lebih 100 ahli keluarga bapa saudara kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un (gambar) yang dijatuhi hukuman mati baru-baru ini, termasuk kanak-kanak dan duta negara itu ke Cuba dan Malaysia, sama ada telah dibunuh atau dipenjarakan, menurut beberapa sumber, semalam.

Bapa saudara pemimpin Korea Utara itu, Jang Song-thaek, 67, sebelum ini merupakan seorang pemimpin tertinggi tentera yang berpengaruh dijatuhi hukuman mati pada Disember lalu atas kesalahan mengkhianat dan cuba menggulingkan pemimpin negara berkenaan.

Song-thaek juga didapati cuba mendapatkan sokongan tentera bagi melancarkan rampasan kuasa.

''Hampir kesemua ahli keluarga terdekat Song-thaek telah dibunuh.


"Kesemua ahli keluarga Song-thaek telah dijatuhkan hukuman mati, termasuk kanak-kanak," kata satu sumber yang enggan dikenali.


Menurut sumber itu, antara mereka yang dibunuh termasuk saudara perempuan Song-thaek, Jang Kye-sun, suaminya dan Duta Korea Utara ke Cuba, Jon Yong-jin, dan Duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong-chol, yang merupakan anak saudara lelaki Song-thaek serta dua anak lelakinya.


Kesemua mereka termasuk anak lelaki, anak perempuan dan cucu Song-thaek serta dua saudara lelakinya telah dipanggil ke Pyongyang pada awal Disember lalu dan dibunuh.

Bagaimanapun, masih tidak jelas bilakah mereka dibunuh, namun mereka dipercayai telah dibunuh sejurus Song-thaek dijatuhi hukuman mati pada 12 Disember lalu.

''Beberapa orang ahli keluarga Song-thaek ditembak dengan pistol sehingga mati di hadapan orang ramai setelah mereka diheret keluar dari apartmen mereka,'' kata sumber itu.

Menurut sumber, sebahagian lagi ahli keluarga Song-thaek termasuk isteri Duta Korea Utara ke Malaysia dilepaskan daripada hukuman bunuh dan dihantar ke kampung terpencil bersama ahli keluarga masing-masing.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.