UMS bina Menara Jam setinggi 9 Meter sebagai Mercu Tanda Baru di dalam Kampus

http://beritaup2date.blogspot.com/ UMS menjadi institut pengajian tinggi awam pertama di negara ini yang akan mempunyai menara jam di dalam kampus.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Menara jam setinggi hampir 9 meter yang dibina di bulatan besar UMS bakal menjadi mercu tanda kebanggaan baru bagi warga UMS.

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah ketika merasmikan pembinaan Menara Jam UMS berkata, menara jam tersebut adalah simbolik kepada kepentingan masa bagi golongan ilmuwan dan terdidik, dan ini penting bagi menerapkan budaya disiplin masa bukan sahaja kepada siswa malah kepada seluruh kakitangan UMS.

“Dengan memerhatikan masa, setiap warga UMS akan mengamalkan budaya menepati masa dan menggunakan masa dengan sebaiknya dalam kehidupan,” katanya.


Terdahulu, dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Sambutan 20 tahun Penubuhan UMS, universiti katanya telah banyak mencurahkan sumbangan khususnya kepada masyarakat di Sabah sejak penubuhannya.

Jelasnya, penubuhan cawangan universiti serta pusat-pusat kajian di seluruh Sabah menunjukkan bahawa UMS adalah institusi gedung ilmu yang dekat dengan masyarakat di negeri ini.


“UMS sepanjang 20 tahun telah menyumbang kepada masyarakat dari segi peluang pekerjaan, kajian menyeluruh dari aspek sejarah, sosial, budaya, ekonomi, bahasa, keselamatan, khidmat konsultansi pakar-pakar UMS kepada jabatan-jabatan kerajaan dan khidmat bakti siswa-siswi ke setiap pelusuk pedalaman Sabah. Ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” ujar beliau.

Pada majlis tersebut, lebih 1,000 warga UMS terdiri daripada pegawai utama universiti, dekan-dekan dan ketua jabatan, kakitangan dan pelajar UMS hadir bagi memeriahkan sambutan majlis tersebut.


Bahagian Media

Jabatan Canselori Universiti Malaysia Sabah



Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.