Dua pelajar UMS ke Kejohanan Debat Universiti Dunia

Dua pelajar UMS ke Kejohanan Debat Universiti Dunia letakkan nama UMS di persada pengajian tinggi peringkat antarabangsa…


Penyertaan dua pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke Kejohanan Debat Universiti Dunia (W-U-D-C) yang berlangsung di Rajalakshmi Engineering College, Chennai, India baharu-baharu telah meletakkan nama UMS di persada antarabangsa.
Menurut Pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Rohani Hadi, pelajar itu dihantar sebagai usaha memberi pendedahan dalam acara berprestij itu untuk dikongsi pendebat pelapis universiti.

Bercakap dalam satu kenyataan, beliau berkata, walaupun tidak berjaya namun mereka mendapat pengalaman berguna untuk dikongsi dengan pelajar lain.

Kejohanan selama 9 hari itu menyaksikan pasukan debat UMS mara sehingga pusingan ketiga sebelum tewas kepada Glasgow University Union, United Kingdom dan Universiti of Melbourne, Australia.

Sebanyak 360 universiti mengambil bahagian dalam debat tersebut.

Untuk edisi kejohanan pada tahun 2015, Malaysia Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Malaysia (UITM) akan menjadi penganjur selaku hos tuan rumah bagi kejohanan debat terbesar dunia itu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.