Majikan Hilang akal dera pembantu rumah Indonesia di Hong Kong

Erwina Sulistyaningsih (23) ialah seorang pembantu rumah Indonesia yang mencari nafkah di Hong Kong. Beliau didera oleh majikan, Lo Wan Tung. Erwina ditemui di lapangan terbang dengan kesan luka dan lecur yang teruk di seluruh badan beliau.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



MAJIKAN DERA PEMBANTU RUMAH MELECUR SELURUH BADAN

Pembantu Rumah Indonesia Kena Dera Di Hong Kong

Seorang pembantu rumah dari Indonesia didera oleh majikannya di Hong Kong hingga berada dalam keadaan kritikal.


Kes melibatkan Erwina Sulistyaningsih, 23, disahkan oleh pihak polis yang menerima laporan berkaitan kejadian ini pada 12 Januari lalu.
Mengikut pertubuhan buruh Hong Kong, siasatan mendapati Erwina sudah didera selama lapan bulan, sejak dia mula bekerja Mei tahun lalu.
Erwina_in_HK_Airport
Penderitaannya hanya diketahui selepas Erwina meminta pertolongan kawan ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia. Kemunculan Erwina mengejutkan ramai orang apabila kelihatan mengalami kecederaan luka dan kesan terbakar di seluruh tubuh badan dan kaki.
Majikannya hanya memberikan Erwina wang sebanyak 1.2 juta rupiah (RM411) dan sehelai kemeja T, selain diugut agar tidak memberitahu sesiapa pun tentang kisahnya didera sebelum dia menaiki kapal terbang.
Erwina-in-Sragen-Hospital
Erwina-After-Surgery-Hospital
Sebaik sahaja kisah penderaan Erwina diketahui, pihak berkuasa menahan majikannya yang dikenali sebagai Lo Wan Tung di Lapangan Terbang Hong Kong.
Ketika itu majikannya dikatakan sedang menanti penerbangan untuk pergi bercuti ke Thailand.
Erwina-Employer-Arrested-in-Airport-Trying-to-Flee-to-Thailand
Erwina-Employer-Lo-Wan-Tung
Keadaan Erwina semakin pulih selepas menjalani pembedahan namun dia dipercayai bakal mengalami trauma apatah lagi mempunyai parut yang sukar disembuhkan di seluruh tubuh.
Immigrant-Workers-Protest-in-HK-to-Support-Erwina4-600x450
Baru-baru ini Hong Kong mengambil 300 pekerja asing dari Asia Tenggara, sebahagian besarnya dari Filipina dan Indonesia.





Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.