UKM diiktiraf dan kedudukan kian Meningkat Dalam Senarai Universiti Dunia



Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah meningkat kedudukannya kepada tempat ke-19 dari tempat 23 tahun lalu dalam senarai universiti se dunia yang berusia 50 tahun atau kurang.


Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali menyatakan kegembiraannya dengan kedudukan itu seraya berkata "ia adalah suatu berita baik untuk semua di UKM”.

UKM adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi dari Malaysia termasuk dalam senarai kedudukan QS Top 50 Under 50 itu.

Ketua penyelidikan Unit maklumat QS, Ben Sowter berkata ia telah mempertimbangkan semua 800 universiti yang tersenarai dalam senarai tahunan Universiti Dunia untuk kedudukan Top 50 Under 50 itu.

QS Top 50 Under 50 disusun oleh QS Quacquarelli Symonds, yang juga menghasilkan QS World University Rankings 2013/14.

Sowter berkata kedudukan UKM telah meningkat kerana University of Warwick dan University of Lancaster, kedua-duanya dari Britain dan Universiti Macquarie dari Australia telah terkeluar dari senarai itu selepas meningkat usia penubuhan melebihi 50 tahun.

Beliau berkata sifat dinamik kedudukan itu telah menjadikannya suatu perbandingan yang menarik di dalam kedudukan global dan serantau.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.