Pelajar terbaik STPM 2014

Pelajar terbaik STPM 2014

Pelajar terbaik, Wee Ying Ni menunjukkan slip

keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2013 (STPM) yang berjaya dicapainya di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin Kuala Terengganu. Wee Ying Ni merupakan satu-satunya pelajar dari jurusan Sains yang mendapat keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dengan mendapat 4 Prinsipal A dalam peperiksaan STPM.



Nor Hasnita Samsuddin, 19, (gambar) pelajar SMK Putra, Hulu Besut yang merupakan anak seorang pembantu kedai diumumkan sebagai salah seorang daripada tujuh pelajar terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri Terengganu. Anak kesepuluh daripada 11 adik-beradik ini memperoleh keputusan cemerlang 4.0 dengan semua A dalam empat mata pelajaran yang diambilnya iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Ekonomi dan Seni Visual yang juga meletakkannya sebagai pelajar terbaik di daerah Besut.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.