Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Jana RM24.45 bilion suku pertama 2014

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Jana RM24.45 bilion suku pertama 2014

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Pelaburan baharu ECER suku pertama 2014: Lebih 65,000 pelaung pekerjaan diwujudkan untuk rakyat.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terus mendapat perhatian pelabur apabila berjaya menarik pelaburan baharu bernilai RM24.45 bilion pada suku pertama tahun ini.

Pelaburan terkini itu menjadikan pelaburan terkumpul di ECER bagi tempoh tahun 2007 hingga suku pertama 2014 bernilai RM63.58 bilion, sekali gus melepasi lebih 57 peratus daripada pelaburan disasarkan untuk wilayah itu sebanyak RM110 bilion menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jumlah pelaburan itu dijangka mewujudkan lebih 65,000 peluang pekerjaan untuk rakyat, merangkumi 6,601 pekerjaan peringkat profesional, 19,800 pekerja mahir dan 39,599 pekerja separa mahir di ECER.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.