Antara Biodata Dan Pencapaian Sultan Dr. Nazrin Yang Mengagumkan!


Biodata Dan Pencapaian Sultan Dr. Nazrin Yang Mengagumkan!

Bukan sahaja rakyat Perak yang bergembira malah seluruh rakyat Malaysia turut gembira mendengar pengumuman DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang baru sahaja diisytiharkan selaku Sultan Perak Ke-35. Daulat Tuanku!!

Tarikh periytiharan hari ini sangat simbolik. Biasanya saya mengingati hari ini sebagai hari ulangtahun pembukaan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fateh, tetapi hari ini juga menjadi sejarah sebagai tarikh pemasyuran DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang baru.

Ada beberapa perkara yang saya gembira mengenai periytiharan ini.

Pertamanya Sultan Dr. Nazrin bukanlah seperti sultan yang biasa tetapi baginda juga merupakan seorang intellektual. Latar belakang akademik dan intellektual baginda yang memperoleh Ijazah pertama dari Universiti Oxford di dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi, dan Masters juga Ph.D di Universiti Harvard. Baginda bukan sahaja seorang ahli ilmu tetapi turut cintakan ilmu dan tahu martabat ilmu.

Keduanya ialah hubungan baginda dengan Ahli Ilmu (Ulama). Baginda Sultan tahu meletakkan kedudukan Ilmu dan kedudukan Ahli Ilmu. Bersama saya di dalam gambar di bawah ialah Sheikh Dr. Afifi al-Akiti, seorang ilmuan yang dihormati di timur dan barat, menjadi anak Malaysia pertama menjawat jawatan pensyarah pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford dan juga sebagai felo di Worcester College Oxford.

Di saat orang tidak mengenali Sheikh Dr. Afifi dan tidak menyedari kedudukan beliau di dalam dunia intellektual, Raja Nazrinlah yang bertanggungjawab membawa pulang Sheikh Dr.Afifi al-Akiti pada tahun 2010 untuk melantik Sheikh Afifi sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, di mana perlantikan dan perisytiharan ini dimasyhurkan oleh Raja Nazrin ketika itu. Malah sehingga ke hari ini baginda Sultan masih lagi tidak meminggirkan kedudukan ahli ilmu dan masih berbincang dan meminta nasihat daripada ahli Ilmu.

Ada beberapa perkara lagi aspek yang saya mengenali Raja Dr. Nazrin, namun demikian cukup di dalam dua aspek ini untuk saya nyatakan bahawa saya percaya Raja Nazrin boleh menjadi Sultan yang baik bagi negeri Perak.

Semoga Negeri Perak akan bertambah sejahtera dinaungi Rahmat Allah di bawah pemerintahan Sultan yang Soleh yang menjunjung tinggi nilai keilmuan dan menjaga hubungan dengan Ahli Ilmu dan konsisten di dalam menghormati para ilmuan dan meletakkan kedudukan ilmuan di tempat yang sepatutnya. InshaAllah.
Daulat Tuanku!!

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.