Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Antara sebab Wanita solat atas jalan raya jejambat


Perempuan Solat Di Atas Jejambat; Ini Jawapan Disebalik Segalanya

Sejak siang tadi pelbagai spekulasi timbul dikalangan rakan- rakan admin apabila gambar di atas tersebar di dalam salah satu group whatsapp yang admin anggotai.

Info sahih yang kami terima mengenai seorang wanita bertelekung di tepi jalan tadi si ibu negara.

Kuala Lumpur: Wanita yang ditemui di atas jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menunaikan solat dan membaca Al-Quran mengaku dia berbuat demikian selepas mendapat alamat melalui mimpi.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang selepas pihaknya menerima maklumat dari orang awam.

"Anggota polis yang melakukan penugasan am bergegas ke lokasi kejadian kerana bimbang wanita itu akan dilanggar kenderaan sebelum membawanya ke Balai Polis Tun H.S Lee.

"Dia kemudiannya dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi.

Katanya wanita itu dikenali sebagai Anita Shiar, 27 warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya malah maklumat juga diberikan secara lisan.

Difahamkan gambar wanita itu menjadi viral di laman sosial lewat petang tadi sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Ada yang beranggapan bahawa berkemungkinan ada dikalangan keluarga wanita tersebut yang pernah terlibat kemalangan dilokasi tersebut dan bermacam- macam lagi spekulasi pelik.

Namun tidak kurang juga, ada yang memuji tindakan anggota polis yang sanggup mengawal lalu lintas bagi mengelakkan berlakunya kemalangan terhadap pelaku dan lain- lain kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

No comments:

Powered by Blogger.