Kenyataan Akhbar insiden penculikan di Lahad Datu Sabah


KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG INSIDEN PENCULIKAN PENGURUS LADANG TERNAKAN IKAN DI SILAM, LAHAD DATU, SABAH

Pada 6 Mei 2014 antara jam 0245 – 0255 pagi,

sekumpulan lima (5) lelaki telah memasuki Ladang Ternakan Ikan Wonderful Terrace Sdn Bhd di Silam, Lahad Datu, dan telah menculik pengurusnya, Yang Zailin, 34 tahun, seorang warganegara China.

Dua daripada penculik berkenaan berpakaian ala tentera serta bertopeng, manakala tiga selebihnya tidak bertopeng, hanya dua daripada mereka bersenjata, dipercayai jenis M-16.

Pihak polis telah memburu kumpulan penculik berkenaan dan berlaku insiden tembak-menembak di perairan berhampiran Pulau Mataking. Walau bagaimanapun, mereka berjaya membolos diri dan menghala ke arah negara jiran.

Pihak polis sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan kumpulan terbabit serta membebaskan pengurus syarikat yang diculik.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.