Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Proton Saga BLM disalahguna dalam serangan pengganas?



Proton Saga BLM diguna dalam serangan bom? Rakaman yang menunjukkan kereta mirip model Proton Saga BLM.

SHAH ALAM – Sebuah klip video berdurasi 3 minit 32 saat, dikesan tersebar di laman YouTube sejak beberapa bulan yang lalu, menunjukkan sebuah kereta dipercayai Proton Saga BLM digunakan untuk melancarkan serangan bom.

Difahamkan video berkenaan dirakam di Syria oleh anggota kumpulan pejuang di sebuah bandar bergolak.

Durasi satu setengah minit pertama, menunjukkan individu terbabit mengisi bom serta memasang alat kawalan jauh pada kereta berkenaan agar dapat dipandu secara elektronik.

Pada minit terakhir, kereta itu dipandu oleh seorang lelaki menuju ke satu lokasi dan ditinggalkan. Kereta itu kemudiannya, dikawal menggunakan alat kawalan jauh ke  sasaran sebelum bom diledakkan.

Video yang dimuat turun ini telah ditonton sebanyak 4723..

No comments:

Powered by Blogger.