AH5017: PESAWAT BOEING 737-600 AIR ALGERIE HILANG DARI RADAR


AH5017: PESAWAT BOEING 737-600 AIR ALGERIE HILANG DARI RADAR

Sebuah pesawat Penerbangan Air Algerie dalam perjalanan dari Burkina Faso ke Algiers telah hilang dari radar, semasa berada di ruang udara Mali.

Pesawat Boeing 737-600, terputus hubungan 50 minit selepas berlepas.

"Perkhidmatan Kawalan Trafik udara telah terputus hubungan dengan pesawat tersebut yang sedang dari Ouagadougou ke Algiers, 50 minit selepas berlepas," menurut sumber syarikat penerbangan itu

Maklumat tidak rasmi menyatakan terdapat 110 penumpang dan enam anak kapal di atas pesawat itu.

Maklumat lanjut menyusul.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.