LELAKI CEDERA PARAH DAN PELURU MASIH MELEKAT DI KEPALA KENA TEMBAKAN RAMBANG DARI PISTOL ANGIN.


SEORANG LELAKI CEDERA PARAH DAN PELURU MASIH MELEKAT DI KEPALA KENA TEMBAKAN RAMBANG DARI PISTOL ANGIN.

Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas kereta dinaikinya ditembak secara rambang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.


Pemandu, Qumeyza Iqbal Arif Sulaiman, 28, berkata beliau mendengar bunyi kuat dan menyangka ia adalah dentuman mercun yang dibakar berhampiran kenderaannya.

Pihak polis mendapati suspek menggunakan pistol angin sebagai senjata dalam kejadian tembakan rambang.

“Sejurus mendengar letupan di bahagian kiri belakang kereta, abang ipar saya, Mohd Syukur Shafie, 31, tidak sedarkan diri ekoran terkena peluru sesat daripada tembakan terbabit, di bahagian kiri kepala,” katanya.

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Roslan Radzi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dengan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata.



Katanya, pihak polis mendapati suspek menggunakan pistol angin sebagai senjata dalam kejadian tembakan rambang itu, dan pihaknya sudah melakukan tangkapan terhadap tiga individu lelaki untuk siasatan lanjut.

“Hasil daripada siasatan awal, tembakan itu dilepaskan oleh suspek tanpa sebarang motif dan hanya terdorong daripada perasaan suka-suka dan tidak bermotifkan dendam.

Dalam kejadian itu, Syukur dibawa ke Hospital Banting sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.