Afdlin Shauki bakal Bekerja Dengan bintang Hollywood Hugh Jackman Untuk Filem Sandakan Death Marches di Sabah


Afdlin Shauki Mungkin Bekerja Dengan Hugh Jackman Untuk Filem Sabah. Gambar Oleh: Arif Kaser

Pengarah filem, Afdlin Shauki mungkin berpeluang untuk bekerjasama dengan Hugh Jackman yang anda lebih kenali sebagai pemegang watak Wolverine dalam siri filem X-Men selama ini dan berita ini timbul selepas pengarah itu ditugaskan untuk sebuah projek filem Sabah.

A
fdlin Shauki akan bergandingan dengan pengarah Hollywood Roger Christian untuk filem yang akan mengisahkan tentang satu peristiwa hitam di Sabah ketika perang dunia kedua (World War II) yang lebih dikenali dengan nama Sandakan Death Marches.

Ribuan askar Australia dan Britain telah dipaksa oleh tentera Jepun berjalan kaki sejauh 140km daripada Sandakan ke Ranau yang terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu. Ramai telah terbunuh atau dibunuh dan hanya enam orang askar Australia yang terselamat.

Projek filem ini berada dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan belanja keseluruhan RM3 juta yang mana RM1 juta merupakan pembiayaan daripada kerajaan Malaysia dan selebihnya adalah dana FINAS sendiri.

Laporan The Star baru baru ini menyebut Hugh Jackman sudah ditawarkan untuk membawa watak utama filem ini walaupun belum ada kata putus dan pihak produksi menyasarkan Festival Filem Cannes 2016 sebagai platform pelancaran kelak.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.