Header Ads

Up2date Terkini!
recent

ANTARA WAJAH SUSPEK YANG BUNUH DUA PENUNTUT PERUBATAN WARGA BRITAIN YANG BERJAYA DI TANGKAP POLIS.


WAJAH-WAJAH SUSPEK YANG BUNUH DUA PENUNTUT PERUBATAN WARGA BRITAIN YANG BERJAYA DI TANGKAP POLIS.

Dua penuntut perubatan warga Britain tidak sempat mencapai impian mereka untuk bergelar doktor apabila maut ditikam oleh sekumpulan empat lelaki tempatan dalam pergaduhan di Jalan Abell, Padungan di sini awal pagi ini.

Difahamkan, kedua-duanya yang merupakan penuntut dari Newcastle University, United Kingdom dan sedang menjalani latihan amali di sebuah hospital tempatan di sini, sejak Jun lalu, bakal menamatkan latihannya itu hari ini.

Mangsa yang dibunuh ialah Neil Gareth Dalton, 23, dan Aidan Brunger, 22, yang mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas ditikam di bahagian dada dan belakang badan dengan senjata tajam.

Polis berjaya menangkap keempat-empat suspek dalam serbuan berasingan di kediaman masing-masing pada pukul 6 pagi dan 4.45 petang ini serta merampas sebuah kereta Perodua Viva, sebilah pisau, tiga telefon bimbit dan pakaian mangsa serta suspek, sebagai bahan bukti.

Kesemua suspek berusia 19 hingga 35 tahun termasuk dua orang yang masing-masing mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan pecah rumah, direman sehingga 13 Ogos ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

No comments:

Powered by Blogger.