Kisah Kebaikan Arwah Tambi Bin Jiee, Mangsa Nahas MH17 (2 Gambar)

Kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di plaza tol Jambatan Pulau Pinang.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Kisah Kebaikan Arwah Tambi Bin Jiee, Mangsa Nahas MH17 (2 Gambar)

Sewaktu menguburkan 2 jenazah anak beranak (Ariza Ghazalee, 46 dan anak sulungnya Muhammad Afif Tambi, 19) dari Sarawak, keluarga arwah dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan orang yang datang dengan sebuah bas. Katanya, datang dari Surau Batu 10.

Menurut imam surau tersebut, dua tahun yang lalu surau mereka didatangi oleh seorang lelaki. Tiada sesiapa yang pernah melihat lelaki itu sebelum ini.

Apa yang lebih mengejutkan, lelaki terbabit mendermakan wang berbelas ribu ringgit bagi untuk membaikpulih surau mereka.

Surau Batu 10 yang dahulunya usang dan buruk kin telahpun berubah wajah, hasil sumbangan dari wang derma lelaki berkenaan.

Warga Surau Batu 10 hanya mengenali nama dan wajah lelaki berkenaan. Selepas itu, lelaki itu tidak pernah lagi datang ke surau mereka.

Bila insiden nahas MH17 dilaporkan oleh media, mereka mendapati lelaki yang pernah menghulurkan derma itu adalah salah seorang mangsa nahas MH17. Nyata berita itu membuatkan warga surau sedih dan menangis.

Nama lelaki itu, Tambi Bin Jiee. Mereka pasti itulah nama dan wajah lelaki yang pernah menghulurkan derma pada surau mereka suatu ketika dahulu.


Tiada seorang pun ahli keluarga arwah yang mengetahui hal ini. Betapa ikhlasnya hati arwah Tambi Jiee. Mudah-mudahan tergolong sebagai ahli syurga.

ALFATIHAH..

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.