Mayat wanita Amerika dijumpai terperosok dalam beg pakaian di Bali


Mayat wanita Amerika dijumpai terperosok dalam beg pakaian di Bali

BALI: Mayat seorang wanita Amerika Syarikat berusia 62 tahun dijumpai terperosok dalam sebuah beg pakaian di pulau pelancongan ini.

Polis menahan anak perempuan dan teman lelakinya berkaitan dengan kematian itu.
Mayat Sheila von Wiese Mack dijumpai dalam ruang letak beg sebuah teksi yang diletakkan di hadapan sebuah hotel mewah di kawasan Nusa Dua, Bali.

Ketua Polis Denpasar, Kolonel Djoko Hari Utomo, berkata anak perempuan mangsa berusia 19 tahun, Heather Mack dan teman lelakinya berusia 21 tahun, Tommy Schaefer ditahan hari ini.



Utomo berkata kedua-dua mereka tinggal di hotel sama dengan mangsa dan dipercayai meletakkan beg pakaian terbabit di dalam teksi berkenaan.

Katanya, gambar kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa bertengkar dnegan Schaefer Isnin lalu di lobi hotel. - AP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.