Pemandu Toyota Hilux Maut Dihimpit Muatan Minuman keras Heineken (3 Gambar)

Pemandu Toyota Hilux Maut Dihimpit Muatan Minuman keras Heineken (3 Gambar)

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


KEPALA PECAH BAWAH ARAK


Pendang: Seorang pemandu lelaki maut dalam keadaan yang mengerikan apabila kepalanya pecah akibat terhimpit dengan beberapa karton minuman keras yang dimuatkan dalam pacuan empat roda Toyota Hilux selepas kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di KM55.7, Lebuhraya Utara-Selatan semalam.

Dalam kejadian pada jam 5.40 pagi, anggota bomba terpaksa mengutip setiap cebiasan otak mangsa yang berusia 30 tahun berasal dari Jitra yang sudah tidak bernyawa dalam kenderaannya.


Kereta Toyota Hilux terbabit sarat dengan minuman keras Heineken dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke Sungai Petani sebelum merempuh belakang treler yang membawa muatan simen dari arah yang saman.



Kereta mangsa dipercayai gagal mengelak treler simen yang tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkan kemalangan tersebut. - Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.