Peragut Rantai Emas Dibelasah Orang Ramai Di Sungai Besi [Video & Gambar]


Peragut Dibelasah Orang Ramai Di Sungai Besi [Video & Gambar]

KUALA LUMPUR: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Seorang peragut cedera parah di bahagian kepala dan badan akibat dibelasah oleh orang awam ketika cuba meragut seorang wanita di Batu 3 1/2, Jalan Sungai Besi semalam.

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, mangsa sedang membonceng motosikal bersama abangnya menghala ke Kuala Lumpur. 

video

Mangsa bagaimanapun dihampiri peragut yang menunggang motosikal & berpura-pura bertanyakan arah jalan ke Kajang.

Dalam masa yang sama, dua lagi rakan suspek muncul secara tiba-tiba dari arah belakang sebelum meragut rantai leher mangsa.

Malangnya, rantai emas yang putus dan tersangkut pada baju mangsa menyebabkan ketiga-tiga suspek berang sebelum melanggar motosikal yang ditunggang mangsa.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.