Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee musnah!

Puluhan kubur terbenam ke dalam tanah manakala pokok-pokok yang tumbang masih tidak dialihkan berikutan saiznya yang terlalu besar dan berat.

Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee musnah

Sebanyak 8 batang pokok besar tumbang berpunca dari angin kencang dan hujan lebat penyebab kemusnahan.

Allahyarham Tan Sri P Ramlee, beliau adalah seorang penggiat dan penyumbang seni yang tiada tolok bandingnya di negara kita.

Siapa yang tidak kenal dengan cerita P Ramlee tak lekang dik zaman, yang tidak bosan di saksikan berkali-kali.

Kami juga salah seorang peminat cerita yang di lakonkan oleh allahyarham. Namun KN sedih apabila melihat kejadian yang berlaku pada pusara beliau.

Menerusi beberapa keping gambar yang muncul dalam Internet, menunjukkan pusara Allahyarham Tan Sri P Ramle, seniman agung negara musnah.

Turut musnah adalah pusara Allahyarham A R Tompel dan Allahyarmah Puan Sri Saloma.

Kejadian berlaku di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.

Dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia.


Kutipan dana bagi membaikpulih pusara kesemua seniman dan seniwati yang terjejas akan dilakukan sebagai tanda penghormatan kerana telah banyak berjasa.


Turut musnah adalah pusara Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Allahyarham A.R Tompel.


135 pusara di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang rosak teruk setelah dihempap pokok termasuk pusara Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.