TERKINI: MH370 mungkin berpatah ke selatan lebih awal - Australia


Australia: MH370 mungkin berpatah ke selatan lebih awal

CANBERRA: Data daripada telefon satelit menunjukkan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 mungkin berpatah lebih awal ke selatan daripada yang dikesan sebelum ini, kata Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss, hari ini.

Truss dipetik CNN sebagai berkata, maklumat itu bagaimanapun tidak mengubah kawasan pencarian utama bagi pesawat terbabit di Lautan Hindi.

Beliau menerangkan nahas membabitkan Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang apabila kakitangan di lapangan terbang cuba menghubungi pesawat berkenaan dengan menggunakan telefon satelit.

"Percubaan itu tidak berjaya," katanya. Namun, Truss berkata, analisis daripada panggilan yang gagal itu memberikan satu idea kepada pakar mengenai kedudukan pesawat dan di mana ia terbang.

Sehingga kini tidak ada kesan serpihan dijumpai daripada usaha pencarian yang dilakukan selama beberapa bulan. - Agensi

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.