Antara Punca Sebenar Budak 11 Tahun Jatuh Dari Tingkat 9

Antara Punca Sebenar Budak 11 Tahun Jatuh Dari Tingkat 9

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Antara Punca Sebenar Budak 11 Tahun Jatuh Dari Tingkat 9

MANGSA dikatakan bermain sorok-sorok bersama rakannya sebelum terjatuh dari tingkat sembilan di Blok F1, Kuaters PGA Bakri, Muar.

MUAR - Keseronokan beberapa kanak-kanak bermain sorok-sorok berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya terjatuh dari tingkat sembilan, Blok F1, Kuaters Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, di sini kelmarin.

Mangsa, Nurul Elies Natasha Abdul Aziz, 11, yang bermain bersama rakan-rakannya dipercayai memanjat siling di tingkat sembilan yang menempatkan tangki air dalam kejadian pukul 5 petang itu.

Seorang jiran yang enggan dikenali memberitahu, mangsa dikatakan telah memijak satu petak siling menyebabkan ia pecah, namun dia sempat berpaut pada salah satu kayu sambil menjerit meminta tolong daripada rakan-rakannya.

"Bagaimanapun, rakan-rakannya yang menyaksikan keadaan tersebut berasa takut lalu melarikan diri. Mangsa yang sedang berpaut tidak dapat bertahan lama dan akhirnya terlepas pegangan lalu jatuh terhempas masuk ke longkang.

"Mangsa masih bernafas selepas terjatuh, namun keadaannya lemah manakala darahnya banyak keluar daripada hidungnya," ceritanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Menurutnya, seorang jiran yang turun lif kira-kira empat meter dari tempat kejadian telah menyedari kejadian itu lalu bertindak meletakkan kanak-kanak malang berkenaan di atas lantai, namun mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian.

Jelasnya, mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan tinggal di blok sebelah tetapi kerap datang bermain di tempat kejadian.

Katanya, Nurul Elies Natasha belajar di Sekolah Kebangsaan Parit Zin, Bakri, kira-kira dua kilometer dari situ dan mempunyai ramai rakan sebaya di kuaters berkenaan.

Difahamkan jenazah Nurul Elies Natasha dibawa pulang ke kampung halaman bapanya di Jeli, Kelantan untuk dikebumikan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyifatkan insiden tersebut sebagai mati mengejut.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.