IKEA ARAH TARIK BALIK BUAIANNYA DARI PASARAN, PULANGKAN WANG


IKEA TARIK BALIK BUAIANNYA DARI PASARAN, PULANGKAN WANG

IKEA hari ini menggesa pelanggannya yang mempunyai buaian kanak-kanak GUNGGUNG agar segera membuka buaian itu dan mengembalikan peralatan tersebut ke kedai IKEA untuk bayaran balik sepenuhnya.

IKEA menerima laporan tentang insiden membabitkan buaian itu yang menunjukkan alat untuk menggantung GUNGGUNG tidak memenuhi kriteria kualiti IKEA dan boleh membawa risiko kecederaan.

“Di IKEA, kami hanya menjual produk yang kami akan beri kepada anak-anak kami sendiri, akan tetapi walaupun kami telah menjalankan ujian mengikut standard dan peraturan yang ditetapkan, kami juga melakukan kesilapan.

“Sehubungan kami menarik balik buaian GUNGGUNG bagi mengelakkan lebih banyak kejadian tidak diingini berlaku,” kata Pengurus Sektor Perniagaan untuk Produk Kanak-kanak IKEA, Cindy Andersen dalam kenyataan.

Siapa ada beli buaian Gunggung dekat Ikea ni diminta untuk pulangkan balik dan akan dapat refund penuh. Ini kerana menurut Ikea, ianya mampu memberikan kecederaan serius untuk kanak-kanak.


IKEA turut memohon maaf atas sebarang kesulitan berhubung isu itu.

Buaian itu yang dijual di IKEA Malaysia sejak 1 Apil 2014, boleh dikembalikan ke kedai IKEA dan bukti pembelian atau resit tidak diperlukan untuk bayaran balik sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Pelanggan IKEA menerusi talian 03-7726 7777. – BERNAMA

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.