Lagenda Pemandu F1 Michael Schumacher dibenarkan Keluar Dari Hospital

Lagenda Pemandu F1 Michael Schumacher dibenarkan Keluar Dari Hospital

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Michael Schumacher Keluar Dari Hospital

LEGENDA Formula Satu (F1), Michael Schumacher dibenarkan keluar dari hospital di Switzerland selepas sembilan bulan terlibat dalam kemalangan ketika meluncur salji pada Disember lalu.

Keluarganya dalam satu kenyataan mengesahkan perkara berkenaan bahawa pelumba berusia 45 tahun itu akan pulang ke rumahnya untuk meneruskan rawatan.

Beliau dirawat di hospital di Grenoble sejak insiden Schumacher terhentak pada batu ketika meluncur salji di Meribel pada akhir tahun lalu.

“Memandangkan kecederaan teruk yang dialaminya, terdapat perkembangan sejak berminggu-minggu dan berbulan-bulan lalu.

“Bagaimanapun, rawatan masih perlu dilakukan dan banyak cabaran perlu dilalui,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut mengulangi permintaan keluarga untuk diberikan privasi dan menambah bahawa “langkah (keluar dari hospital) tidak seharusnya dianggap sebagai perubahan besar kepada tahap kesihatannya.” – mStar

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.