PM ucap tahniah kepada lima universiti Malaysia antara 400 terbaik dunia


Najib Razak hari ini mengucapkan tahniah lepada lima universiti Malaysia yang meraih tempat antara 400 universiti terbaik dunia dalam senarai QS World Universiti Rankings 2014.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah lepada lima universiti Malaysia yang meraih tempat antara 400 universiti terbaik dunia dalam senarai QS World Universiti Rankings 2014.

Dalam twitter beliau hari ini, perdana menteri berkata: "Syabas kepada lima universiti kita yang berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia, dengan mencatatkan kedudukan yang lebik. Teruskan usaha dan kita pasti mencapai kejayaan yang lebih baik."

Tahun ini, Universiti Malaya berjaya memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-167 kepada 151, Universiti Kebangsaan Malaysia menduduki tangga ke-259 daripada 269 dan Universiti Teknologi Malaysia  meningkat ke-294 daripada 355  tahun lepas.


Universiti Sains Malaysia juga mencatat peningkatan dengan berada di tempat ke-309 daripada ke-355 dan Universiti Pertanian Malaysia ke 376 daripada kategori 411-420.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula kekal dalam kategori 501-550 seperti tahun lepas.

Universiti Teknologi Mara membaiki kedudukannya dengan berada dalam kelompok 651 hingga 700 berbanding kedudukan 701 ke atas sebelum ini.

Berdasarkan senarai itu, bermakna Malaysia kini mempunyai lima universiti berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia.



Penilaian QS World University Rankings berdasarkan empat tonggak utama -penyelidikan, pengajaran, kebolehgajian dan pengantarabangsaan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.