Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Remaja New Delhi Maut dibaham Harimau Putih dalam Kandang (VIDEO)


[DENGAN VID] Tragis Remaja Maut Dibaham Harimau Putih. Pelajar berkenaan kelihatan ketakutan sebelum maut diserang harimau putih tersebut/Pic:AFPPelajar berkenaan kelihatan ketakutan sebelum maut diserang harimau putih tersebut/Pic:AFP

NEW DELHI: Malang bagi seorang remaja apabila berdepan detik-detik tragis setelah beliau maut dibaham oleh seekor harimau putih di sini semalam, lapor portal berita antarabangsa AFP.

Lebih menyayat hati, sekeping gambar yang menunjukkan saat-saat akhir pemuda itu sebelum menjadi mangsa harimau putih mula menjadi viral dilaman sosial disamping video footage yang kini dimuat naik dilaman sosial, Youtube.

Menerusi gambar yang tersebar, mangsa kelihatan berada dalam ketakutan dan seolah-olah hanya pasrah tanpa mampu berbuat apa-apa ketika berdepan dengan sang ‘pemangsa’.

Rata-rata pengguna laman sosial meluahkan rasa simpati kepada remaja terbabit yang berdepan detik-detik hitam dibaham harimau putih itu.

Memetik laporan AFP sebagai berkata, harimau putih itu telah menyerang dan membunuh remaja lelaki yang dipercayai samada terjatuh atau melompat ke dalam sebuah kandang yang menempatkan haiwan tersebut disebuah zoo, di negara itu.



Pengunjung yang turut sama berada di tempat kejadian cuba untuk membantu mangsa dengan membaling kayu serta batu, namun usaha mereka dilihat gagal untuk menyelamatkan mangsa apabila harimau tersebut menerkam mangsa dibahagian lehernya.



Mayat mangsa kini telah dibawa ke sebuah hospital di Ibu Negara untuk dibedah siasat. Pihak berkuasa bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan samada mangsa datang ke tempat kejadian seorang diri atau bersama-sama rakannya.

No comments:

Powered by Blogger.