Wanita ini sanggup mohon cuti sertai Istiadat Penghormatan Mangsa Tragedi MH17

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
PENUMPANG setia MAS, Lau Ai Lian, 46 mendoakan kesejahteraan mangsa MH17 ketika konvoi kenderaan jenazah yang membawa mangsa MH17 keluar dari pekarangan Kompleks Bunga Raya.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Suasana pilu sambut 9 jenazah MH17

Penumpang setia Malaysia Airlines (MAS), Lau Ai Lian tidak pernah ketinggalan untuk memberi penghormatan kepada mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, meskipun terpaksa memohon cuti daripada majikan.

Lau, 46, akauntan di sebuah firma di Subang Jaya, berterima kasih kepada majikannya kerana memahami hubungan istimewa beliau dengan syarikat penerbangan itu, lebih-lebih lagi MAS sentiasa menjadi pilihan utamanya setiap kali terbang ke luar negara, sejak beliau kecil.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
SEDIH … Lau Ai Lian, 46, bersama Jimmy Ang Sayyew, 52, yang merupakan penumpang setia MAS berdoa ketika menunggu kenderaan jenazah yang membawa keranda mangsa tragedi MH17 keluar dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada Selasa.
Hari ini, beliau sekali lagi menggunakan cuti tahunannya untuk bersama-sama 'menyambut' ketibaan sembilan mangsa tragedi MH17, meskipun hanya dibenar berbuat demikian dari luar pagar Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

"Saya tak akan berhenti berdoa hanya kerana hujan. Saya tetap berada di sini, apatah lagi hari ini giliran dua kapten dibawa pulang. Kapten adalah individu paling penting dalam sesebuah pesawat," katanya kepada pemberita semasa menunggu ketibaan pesawat komersial MH19 yang membawa jenazah itu.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
LAU AI LIAN, 46 mendoakan kesejahteraan mangsa MH17 ketika konvoi kenderaan jenazah yang membawa mangsa MH17 keluar dari pekarangan Kompleks Bunga Raya.
Lau juga memaklumkan bahawa beliau dan suami, Jimmy Ang Sayyew, 52, bertolak dari rumah mereka di Klang sejak awal pagi, bagi membolehkan mereka tiba di Kompleks Bunga Raya pada 7 pagi, untuk mendapatkan 'tempat dan pemandangan terbaik', iaitu laluan keluar kenderaan jenazah.

Beliau juga berharap semua rakyat Malaysia akan terus berdiri teguh di belakang MAS, khususnya pada saat-saat getir berhadapan dengan tragedi kehilangan MH370 dan tragedi MH17.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
PENUMPANG setia MAS, Lau Ai Lian, 46, sebak ketika konvoi kenderaan jenazah yang membawa mangsa MH17 keluar dari perkarangan Kompleks Bunga Raya, pagi ini. - Foto Asyraf Hamzah.
"Secara kebetulan, angka kesukaan saya sejak kecil ialah tiga dan tujuh, menyebabkan saya lebih sedih bila kejadian ini berlaku," katanya sebak.

"Saya harap MAS akan meneruskan perniagaan mereka dan tabah menghadapi situasi ini, saya tidak kenal sesiapa di dalam pesawat MH17 itu tapi saya datang bagi menunjukkan sokongan kepada keluarga mangsa dan syarikat penerbangan kesayangan saya itu," katanya.

Pada masa sama, seorang pramugara MAS, Syed Anuar Syed Ibrahim, 48, bersama isteri, Syarifah Noraini Syed Hamid, 48, turut menunggu di luar kompleks itu bagi menyertai istiadat ketibaan sembilan jenazah hari ini.

Syarifah Noraini berkata, kedatangannya pada hari ini adalah bagi memberi sokongan kepada suaminya untuk meneruskan karier beliau.

"Suami saya berkawan rapat dengan kru pesawat malang itu, terutama Penyelia Penerbangan, Mohd Ghafar Abu Bakar. Justeru, secara tak langsung saya juga kenal dengan rakan-rakan beliau," katanya.

Katanya, beliau mengambil kesempatan untuk hadir pada hari ini kerana suaminya akan mula bertugas, malam ini.

"Istiadat sebelum ini saya tidak sempat ke sini, kerana pada ketika itu suami saya sedang bertugas," katanya.

- BERNAMA

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.