Doktor Cilik berbakat besar Indonesia kuasai 16 bahasa meninggal dunia

Gayatri Wailisa, Anak Ajaib yang Kuasai 14 Bahasa Asing Meninggal Baca artikel detiknews, "Gayatri Wailisa, Anak Ajaib yang Kuasai 14 Bahasa Asing Meninggal" selengkapnya https://news.detik.com/berita/d-2728180/gayatri-wailisa-anak-ajaib-yang-kuasai-14-bahasa-asing-meninggal. Download Apps Detikcom Sekarang https://apps.detik.com/detik/

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



‘Doktor Cilik’ kuasai 16 bahasa meninggal dunia

JAKARTA – Bakat muda Indonesia, Gayatri Wailissa, 17, yang terkenal dengan kebolehannya menguasai 16 bahasa asing dan bahasa daerah negara itu meninggal dunia kelmarin dipercayai akibat pendarahan di dalam otak.

Ayahnya, Dedy Darwis Wailissa yang dihubungi di Ambon berkata, anaknya itu dilaporkan mengadu sakit kepala sejurus sebelum pengsan selepas berjoging kira-kira jam 7 malam Isnin lalu.


Dia kemudian dikejarkan ke hospital oleh saudara-maranya dan meninggal dunia selepas dirawat selama empat hari di hospital.

Walaupun sedih atas kehilangan itu, Dedy berkata, dia sekeluarga tetap reda.Jenazah Gayatri akan diterbangkan ke tempat asalnya di Ambon untuk dikebumikan.



Gadis itu dianggap ajaib dan digelar Doktor Cilik kerana mampu menguasai pelbagai bahasa asing, termasuk bahasa Inggeris, Belanda, Mandarin, Arab, Russia dan Tagalog.Penguasaan itu berlaku tanpa Gayatri menghadiri kelas rasmi sebaliknya melalui tontonan filem dan mendengar lagu.

Faktor kemiskinan menyebabkan Gayatri tidak mengikuti sebarang kelas pendidikan rasmi.Tidak hanya bahasa asing dikuasai Gayatri.Kata Deddy Darwis, anaknya itu turut banyak menghafaz al-Quran.



Selepas tamat persekolahan, Gayatri pergi ke Jakarta dan pernah dipilih mewakili Indonesia dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) peringkat ASEAN.Dia juga dipilih sebagai penterjemah dalam forum itu, lapor Agensi.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.