Hilang Akal! Doktor Keluarkan 12 Batang Jarum Dari Badan Bayi Mangsa Dera


NGERI! Doktor Keluarkan 12 Batang Jarum Dari Badan Bayi Mangsa Dera

BEIJING: Doktor berjaya mengeluarkan 12 batang jarum dari badan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan, Fan Zixuan, dalam satu pembedahan.

Ibu bapa bayi berkenaan membawanya ke hospital pada 20 Oktober yang lalu setelah mereka mendapati terdapat kesan bengkak serta tompok merah di tubuh badan anak mereka. 

Foto sinar X menunjukkan 12 batang jarum suntikan dan jarum jahit tertanam dalam tubuh bayi malang itu. 


Keluarga bayi itu terpaksa meminjam wang berjumlah 70,000 yuan bagi membiayai kos pembedahan setelah anak mereka dipindahkan ke sebuah hospital di Beijing. 

Fan Zixuan dipercayai didera oleh ibu saudaranya yang telah membunuh diri pada 24 Oktober yang lalu dengan minum racun serangga.


Menurut bapa bayi itu, Liu, dua bulan yang lalu ketika dia sedang memandikan bayi itu yang asyik menangis. Liu kemudiannya menjumpai jarum di dalam anus bayi itu. Bagaimanapun, dia beranggapan anaknya tertusuk jarum itu secara tidak sengaja kerana terlalu aktif.

Liu kemudiannya menemui tiga lagi jarum yang tertanam di peha, perut dan punggung ananknya. Namun masih bersangka baik yang ia terjadi sewaktu anaknya duduk.

Dalam nada kesal Liu berkata:

"Kini saya tahu bahawa ada orang dera anak saya dengan teruk"


Para netizen China membuat spekulasi bahawa 12 jarum yang ditemui itu ditusuk oleh ibu bapanya sendiri sebagai satu amalan yang membolehkan pasangan itu mendapat anak kedua berjantina lelaki.

Bagaimanapun, Liu menafikan dakwaan itu kerana dia dan isteri tidak mungkin akan mendapat anak lagi setelah isterinya menjalankan proses mencegah kehamilan kekal. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.