Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Luahan Hati penduduk Kundasang Bila Guru Sekolah Dibunuh

Luahan Hati penduduk Kundasang Bila Guru Sekolah Dibunuh

Susulan kejadian bunuh yang mengejutkan penduduk Kg. kundasang. Berikut merupakan luahan hati penduduk Kg. tempatan termasuk personaliti RTM Sabah iaitu Saudara Emran Azmie Rosle yang merupakan anak jati kundasang itu sendiri. Berikut merupakan luahan hati beliau

Susulan kejadian bunuh pagi tadi yang berlaku di Kundasang.

 TERKINI! Tiga suspek bunuh guru SK Kundasang ditahan


Saya berharap mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah ini dapat diberkas dengan cepat.

Kita sama-sama doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan waris mangsa semoga bertenang dan redha dengan apa yang berlaku.

Bukan menuding jari apatah lagi menuduh sesiapa pun yang melakukan jenayah ini, apa yang penting biarkan pihak polis menyiasat kes ini kerana saya pasti mereka mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dalam mencari siapa yg melakukan jenayah ini.

Cuma mungkin apa yg ingin saya nyatakan adalah...di Kundasang sekarang ini semakin ramai orang2 luar yang datang menetap..sehingga ada yg mendirikan rumah di kampung-kampung di kawasan Kundasang.

Bagaimana mereka mendapat kebenaran mendirikan rumah itu saya tidak pasti..sebab setiap kali saya balik ke kampung ada sahaja rumah-rumah baru yang didirikan dan apabila saya bertanya dengan kedua orang tua saya, mereka yang mendirikan rumah itu bukan orang Kundasang.

Adakah Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK yang benarkan mereka atau kenal mereka itu yang menjadi persoalan saya.

Pada hemat saya kalaupun tanah tempat mereka bikin rumah itu sudah dibeli tetapi itu bukan jaminan 100% untuk mereka mendirikan rumah sebab kita semua hidup dalam sebuah kampung maka kita harus kenal siapa yang masuk dan tinggal di kampung kita..barulah kita rasa selamat.

Kita tidak mau Kundasang ini menjadi tempat orang -orang yang mempunyai masalah jenayah untuk dijadikan tempat tinggal mereka...jadi saya harap sesiapa yang berkenaan tu ambik kira perkara ini..maaf kalau kenyataan saya ini ada yg tersinggung..



NOTA KAKI : PENJENAYAH INI HARUS DITANGKAP SEGERA DAN DIHUKUM DENGAN SEADIL-ADILNYA.

RALAT: PERHATIAN KEPADA PEMBACA BLOG YANG DIHORMATI, KAMI DI BERITAUP2DATE INGIN MEMOHON MAAF ATAS KEKHILAFAN KAMI DALAM MEMBERIKAN TAJUK POST SEBELUM INI YANG SEMEMANGNYA TIDAK SESUAI & TERLALU TERBURU-BURU SEHINGGA MEMBERI IMPAK SENSITIVITI KEPADA SESETENGAH PEMBACA. DIHARAPKAN ANDA TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA BLOG INI DAN SENTIASA MEMBERIKAN DOA KEPADA KELUARGA MANGSA TERLIBAT. SEKIAN, TERIMA KASIH.

Baca : Terkini! Kematian guru di Kundasang dipercayai dibunuh kenalan mangsa - PDRM

LAGI : Guru wanita dirompak ditemui mati di kuarters penempatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang.



No comments:

Powered by Blogger.