Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) lancar baju-T #FlyingHigh


MAS lancar baju-T #FlyingHigh

Malaysia Airlines (MAS) dengan kerjasama jenama pakaian tempatan Abstrax Jingga, melancarkan baju-t #FLYINGHIGH sempena ulang tahun ke-42 syarikat penerbangan negara itu, hari ini.

Naib Presiden Kanan Komunikasi strategik MAS Datuk Najmuddin Abdullah berkata kerjasama itu adalah bahagian daripada siri kedua kempen media sosial  #STAYSTRONG, #FLYINGHIGH yang mendapat banyak sambutan dalam kalangan rakyat di seluruh dunia.


"Kami terharu dengan sokongan yang kita terima seluruh dunia dan ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua anda yang telah bersama kami sepanjang tempoh dugaan ini.

"Kami telah melalui perjalanan yang jauh sejak 1972 dalam menyampaikan 'Hospitaliti Rakyat Malaysia' melalui rangkaian kami dan telah menerbangkan jutaan rakyat Malaysia ke tanah air dan ke luar negara melalui kerjasama ini; kami berharap mendapat sokongan lebih ramai rakyat Malaysia untuk terus memartabatkan negara," katanya dalam sidang akhbar di sini.
Sementara itu, pengasas bersama Abstrax Jingga, Dr Faiz Izwan Anuar berkata, baju-T itu direka secara eksklusif dan dihasilkan dengan tujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia, membuatkan mereka bangga dengan negara ini serta terus  mempertahankan negara.



"Menjelang akhir tahun ini, kami menyasar untuk menjual antara 5,000 hingga 10,000 baju-T #FLYINGHIGH kepada pelanggan kami.

"Kami telah menerima banyak tempahan daripada pelanggan tempatan dan dari negara seperti Singapura, Brunei Darussalam dan Mesir," katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.