Header Ads

Up2date Terkini!
recent

TERKINI: Pelajar UMS Mati Dipercayai Dibunuh Adik Kandung

SEMASA : Pelajar UMS Mati Dipercayai Dibunuh Adik Kandung

Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berusia 22 tahun ditemui mati di rumah keluarganya awal pagi ini dan dipercayai dibunuh adik kandungnya sendiri.

Toh Wei Teen, pelajar tahun tiga jurusan Sains Makanan pada mulanya dipercayai membunuh diri selepas pihak polis menerima panggilan 999 kira-kira pada pukul 3 pagi daripada seorang lelaki yang mendakwa sebagai jiran, memberitahu mangsa cuba untuk membunuh diri.

Bagaimanapun setelah tiba di rumah mangsa yang terletak di Kemuning Utama, Shah Alam, pihak polis diberitahu oleh pasukan keselamatan dari Hospital Klang yang Wei Teen mati akibat kecederaan di leher.

Pemeriksaan di tempat kejadian kemudiannya menemui mangsa yang memakai baju tidur terbaring di hadapan pintu bilik tidurnya berlumuran darah.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, adik kandung mangsa yang berusia 18 tahun ditemui dalam keadaan mabuk dan merupakan orang yang bertanggungjawab mengejutkan ibu bapa mereka yang masih tidur.


“Suspek yang sepatutnya mendaftar masuk ke sebuah kolej swasta di Subang, Selangor pada tahun depan memberitahu ibu bapanya yang kakaknya mati akibat bunuh diri.

“Kami kemudiannya membawa suspek ke Hospital Klang bagi mendapatkan rawatan dan menahan suspek sementara siasatan dijalankan,” katanya.

Polis kemudiannya menemui sebilah pisau, sebotol minuman keras beserta kotak di tempat kejadian.

Motif di sebalik pembunuhan itu masih belum diketahui, walaupun mereka dikatakan berkelahi sebelum suspek dipercayai membunuh mangsa.

“Kami mengetahui suspek mabuk pada ketika itu dan mereka telah berkelahi antara satu sama lain tetapi punca perkelahian berkenaan masih belum diketahui,” ujar Azisman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. -THERAKYAT POST

No comments:

Powered by Blogger.