Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Borang Online Permohonan / Kemaskini BR1M 2015

brim-2015

BR1M 2015 BORANG ONLINE PERMOHONAN DAN KEMASKINI BR1M 2015

BR1M 2015: Kemaskini Maklumat Pemohon

Borang Permohonan BR1M 4.0 Tahun 2015 Online

http://www.hasil.gov.my/
https://ebr1m.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/

Pengumuman Terkini: Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.


Semakan BR1M 2015 BR1M 4.0 Online Malaysia : Kenaikan Pembayaran?

Pembayaran Untuk Isi Rumah Kurang RM3,000 sebulan : RM950
Pembayaran Untuk Isi Rumah RM3,000 – RM4,000 sebulan : RM750

Permohonan BR1M 2015 akan dibuka mulai 1 Disember 2014 - 31 Disember. Harap maklum.


Borang permohonan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia. BRIM 4.0 seperti yang diumumkan dalam bajet 2015, kadar bayaran BRIM 2015 telah dipertingkat dan diperluaskan. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bayaran BRIM dinaikkan dari RM650 kepada RM950. Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 bayaran ditingkatkan dari RM450 kepada RM750. Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Berikut adalah maklumat penting mengenai cara permohonan atau pendaftaran BR1M 4.0 tahun 2015.




Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)

klik sini  CARA-CARA  BAGI MENGEMASKINI DATA BAGI MEREKA YANG PERNAH MENERIMA BR1M 2.0 SEBELUM INI.

Anda perlu membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan maklumat data peribadi terkini merangkumi alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat emel, pekerjaan dan maklumat bank secara atas talian di https://ebr1m.hasil.gov.my/

Kadar Bayaran BRIM 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015

Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
RM950: Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
RM750: Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
RM350: Kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.

br1m-2015

Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Sebarang persoalan boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat.

No comments:

Powered by Blogger.