China ingin komited bantu cari pesawat MH370

YANG di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang (kanan) ketika menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Eksekutif Mahkamah Agung China, Shen Deyong di Bilik DiRaja di Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



China mengulangi komitmen untuk terus membantu mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak Mac lepas.

Komitmen itu disampaikan Naib Presiden Eksekutif Mahkamah Agung China, Shen Deyong, sewaktu mengunjungi Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen hari ini.

Abu Zahar berkata, Shen yang mengetuai anggota delegasi sembilan orang itu turut meluahkan rasa simpati dan sedih di atas kehilangan pesawat itu.

"Shen memberitahu negaranya akan sentiasa membantu Malaysia (mencari pesawat). Beliau juga berkata kejadian itu sebagai misteri dan boleh berlaku kepada mana-mana negara," katanya kepada BERNAMA selepas kunjungan itu.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Usaha mencari pesawat masih diteruskan di selatan Lautan Hindi, kawasan pesawat itu dipercayai berakhir.

Abu Zahar berkata, dalam pertemuan selama sejam itu, turut dibincangkan ialah langkah untuk mempertingkatkan lagi hubungan baik antara Malaysia dan China termasuk membuka lebih banyak peluang ekonomi antara kedua-dua negara.




"Shen berkongsi bagaimana cara mereka mentadbir negara dan ekonomi dengan jumlah rakyat yang begitu ramai. Perkongsian ini boleh membantu Malaysia melakukan transformasi dalam usaha memajukan ekonomi negara," katanya.

- BERNAMA

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.