MH17 : Jenazah Nenek Tiri DS Najib Yang Terakhir Telah Dikenalpasti

MH17 : Jenazah Nenek Tiri DS Najib Yang Terakhir Dikenalpasti

Jenazah Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma, nenek tiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib merupakan mangsa terakhir jenazah warga Malaysia yang dikenal pasti yang terlibat dalam tragedi pesawat MH17.

Perkara ini disahkan oleh Datuk Seri Hishammuddin yang juga merupakan salah seorang cucu tiri kepada arwah.

Menurut Hishamuddin, jenazah arwah dikenalpasti pada hari Jumaat dan dengan itu senarai 43 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi berkenaan lengkap.

"Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Amsterdam kerana ahli keluarga mangsa menetap di sana," katanya dalam satu sidang media pada hari Sabtu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.