Rupanya Video Buli di Perlis Sudah Lama Selesai, Kini Pembuli Tunggu Tarikh Pertuduhan


Video Buli di Perlis Sudah Lama Selesai, Pembuli Tunggu Tarikh Pertuduhan

Sebelum ini kami ada menyiarkan artikel tentang kes buli rujuk SINI

Kangar, 5 Nov - Polis hari ini mengesahkan video buli 'Perlis' yang tersebar baru-baru ini adalah kes yang sudah diselesaikan dan pembuli-pembuli yang berkaitan sedang menunggu tarikh pertuduhan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, kes yang berlaku di sebuah rumah anak yatim di negeri ini sudah dilaporkan pada 6 Jun lalu oleh pihak asrama. 

"Kes lama, kita sedang menunggu tarikh pertuduhan ke atas ketujuh-tujuh suspek berkenaan," menurut Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengenai penyebaran satu lagi klip video kejadian buli membabitkan seorang pelajar dibelasah tujuh pelajar yang lain di sebuah asrama yang didakwa berlaku di sini.

"Kita sudah membuat siasatan berkenaan kejadian ini dan sudah menahan tujuh suspek berusia 13 sehingga 15 tahun kerana membelasah seorang penghuni lelaki berusia 11 tahun di situ." katanya memetik laporan dari Harian Metro. 

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan dua video buli yang tersebar dengan meluas di Internet. Satu dari video itu dikenali sebagai 'buli Perlis' yang mana sudah diselesaikan manakala satu lagi video yang dikenali sebagai 'geng singlet hitam' yang mana statusnya masih belum diketahui.

sedutan dari video buli geng singlet hitam
Sedutan dari video buli Perlis
Terdapat percanggahan di dalam laporan Berita Harian dan juga Harian Metro mengenai kes mana yang yang telah diselesaikan tetapi kami pasti kes buli di Perlis adalah kes yang sudah diselesaikan hasil dari pemerhatian loghat yang digunakan dan juga keterangan dari pihak polis. Bagi bagi kes geng singlet hitam pula polis masih mencari lokasi kejadian.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.