Video amatur dirakam saat awal MH17 terhempas menghampiri rumah penduduk



Video rakam saat awal MH17 terhempas, hampiri rumah penduduk

HRABOVE (Ukraine): Selepas empat bulan pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, video terbaharu menunjukkan saat awal pesawat yang sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan dengan penduduk pada awalnya menyangkakan ia pesawat tentera negara itu.

Video amatur yang diperoleh agensi berita Associated Press (AP) yang diambil sendiri oleh penduduk di Hrabove, menunjukkan bagaimana penduduk bergegas ke bangkai pesawat yang sedang terbakar hanya beberapa meter jasa jaraknya dari rumah mereka pada tengah hari 17 Julai itu.

VIDEO terbaharu yang diambil oleh amatur menunjukkan detik awal pesawat Malaysia Airlines MH17 yang sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan Hrabove, Ukraine, dengan penduduk pada awalnya menyangkakan ia pesawat tentera negara itu. - Foto AP
Video berkenaan kemungkinan rakaman pertama diambil sebaik saja pesawat Malaysian Airlines (MAS) itu terhempas.

Ketika punca tragedi MH17 masih menjadi bahan perbalahan antarabangsa, Ukraine dan kerajaan di barat mendakwa ia ditembak jatuh oleh puak pemisah yang pro-Russia manakala stesen televisyen Russia di Moscow sejak minggu lalu menayangkan apa yang mereka dakwa bukti baharu pesawat MH17 sebenarnya ditembak jet pejuang tentera udara Ukraine.

VIDEO terbaharu yang diambil oleh amatur menunjukkan detik awal pesawat Malaysia Airlines MH17 yang sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan Hrabove, Ukraine, dengan penduduk pada awalnya menyangkakan ia pesawat tentera negara itu. - Foto AP
Semua 298 orang di dalam pesawat Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terkorban apabila ia ditembak jatuh di kawasan yang dikuasai pemisah Ukraine.

Jenazah dan bangkai pesawat bertaburan di kawasan seluas sehingga 20 kilometer persegi (8 batu persegi).

SEORANG anggota tentera pemisah Ukraine memerhati serpihan pesawat MH17 diangkat dengan kren di perkampungan Hrabove di wilayah Donetsk, timur Ukraine semalam. - Foto Reuters
Semalam, pekerja mula mengutip dan mengumpulkan bangkai pesawat di tapak nahas dengan penyeliaan penyiasat Belanda dan pegawai dari Pertubuhan Keselamatan dan Koordinasi di Eropah.

Semua sisa pesawat diletakkan di dalam gerabak kereta api sebelum dihantar di kawasan dikuasai kerajaan Ukraine di Bandar Kharkiv.

Dalam video yang diperoleh AP semalam, penduduk perkampungan Hrabove didengar bertanyakan nasib juruterbang berkenaan.

VIDEO terbaharu yang diambil oleh amatur menunjukkan detik awal pesawat Malaysia Airlines MH17 yang sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan Hrabove, Ukraine, dengan penduduk pada awalnya menyangkakan ia pesawat tentera negara itu. - Foto AP

Ini kerana beberapa pesawat tentera Ukraine yang ditembak jatuh sebelum ini, juruterbang dan anak kapal yang terselamat biasanya akan dijadikan tawanan pemisah.

PEKERJA mula mengutip dan mengumpulkan bangkai pesawat di tapak nahas dengan penyeliaan penyiasat Belanda dan pegawai dari Pertubuhan Keselamatan dan Koordinasi di Eropah. - Foto AFP
Reaksi spontan penduduk kampung dalam video terbaharu itu menunjukkan penilaian mereka bahawa pesawat yang jatuh itu adalah satu lagi pesawat Ukraine yang ditembak.

Seseorang didengari berkata: "Dan di mana pula juruterbangnya?"

Seorang lagi menjawab: "Tiada siapa yang mengetahuinya?"



Satu lagi perbualan kedengaran mereka saling bertanya sama ada lebih dari satu pesawat telah terhempas kerana terdapat terlalu banyak serpihan dan sisa.

Beberapa orang di sekeliling mereka dengan pantas menjawab bahawa hanya satu pesawat terhempas. - AP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.