Foto Gambar Serpihan Ditemui 10KM Dari Lokasi Pesawat Air Asia QZ8501 Hilang


Gambar : Serpihan Ditemui 10KM Dari Lokasi Pesawat Airasia Hilang

Update 3:35 : Memetik laporan dari TVOne, Jurucakap Tentera Laut berkata helikopter mengesan manusia di permukaan laut dan kini sedang memeriksa sama ada mereka masih hidup

Update  3:30 pm : Ketua pegawai penerbangan awam Indonesia mengesahkan serpihan yang dijumpai disahkan milik pesawat Air Asia QZ8501. - AFP


Update : Pegawai Penerbangan Awam Indonesia mengesahkan serpihan ditemui dalam air datang dari pesawat tetapi belum mengesahkan ianya dari pesawat yang hilang.

Indonesia - Televisyen di Indonesia kini sedang menyiarkan beberapa objek yang ditemui didalam air di Kepulauan Jawa dengan menyatakan ianya mungkin serpihan objek dari pesawat Air Asia yang hilang baru-baru ini.

Objek-objek berkenaan dikesan 10KM dari lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan. Menurut laporan dari RT.com, objek-objek tersebut dikenalpasti sebagai, pelampung keselamatan, jaket keselamatan dan satu tiub oren panjang.

Gambar objek-objek tersebut telah diambil oleh salah seorang jurugambar yang berjaya merakamkan gambar tersebut dari ketinggian 5000 kaki didalam pesawat Hercules A-1319 milik TNI Angkatan Udara (AU).

Sebelum ini, portal berita AFP telah melaporkan bahawa pihak berkuasa Indonesia mengesahkan tentang penemuan beberapa objek yang ditemui di kawasan pencarian pesawat Air Asia QZ8501.

Helikopter kini sedang dihantar bagi mengesahkan penemuan objek terbabit.









Sumber : rt.com

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.