Header Ads

Up2date Terkini!
recent

Kerajaan Malaysia bantu cari pesawat Air Asia QZ8501 yang hilang - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Malaysia sedia hulur sebarang bantuan kepada Indonesia berhubung kehilangan pesawat ‪#‎AirAsia‬ Indonesia - PM Najib

Sebuah Pesawat AirAsia Dari Surabaya ke Singapura Hilang Pagi Tadi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan membantu untuk mencari pesawat Air Asia QZ8501 dari Surabaya, Indonesia ke Singapura yang dilaporkan hilang dari radar pagi tadi.

"Saya tidak dapat banyak maklumat pada masa kini dan cuma sudah disahkan bahawa sebuah pesawat Air Asia hilang.

DATUK Seri Najib Razak bertemu dengan mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah SK Clifford, Kuala Lipis hari ini. - Foto Yazit Razali
"Kerajaan akan bantu untuk mencari pesawat itu," katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku di sini, sebentar tadi.



  Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilaporkan telah hilang komunikasi dengan menara kawalan pada hari ini(Ahad).

Pesawat QZ8501 itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 6.17pagi waktu tempatan memetik pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Menurut apa yang dilaporkan pesawat itu mengandungi 149 penumpang Indonesia iaitu 3 penumpang Korea, seorang penumpang Malaysia, seorang penumpang British dan seorang penumpang Singapura.



Berita lanjut menyusul 

No comments:

Powered by Blogger.