Sambutan Ambang Tahun Baru Perbadanan Putrajaya (PPj) 2015 dibatalkan


Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 dibatalkan

Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengesahkan konsert 'Sambutan Ambang Tahun Baharu Putrajaya 2015' yang dijadualkan berlangsung pada malam 31 Disember telah dibatalkan bagi menghormati mangsa banjir selepas mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Ambank.

Berita tersebut telah dimaklumkan menerusi laman sesawang sosial Facebook PPj semalam.

Keputusan itu telah disambut baik oleh kebanyakan pengunjung Facebook yang berterima kasih kepada pihak penganjur atas keprihatinan mereka.

Selain daripada itu, kerajaan Selangor turut membatalkan segala program hiburan di bawah program Temasya Selangor 15 untuk sambutan tahun baru.

Dipetik daripada laporan mStar, Menteri Besar Selangor iaitu Mohamed Azmin Ali turut mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Disember di i-City Shah Alam.

Azmin turut memberitahu beliau telah berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan mengarahkan setiap masjid agar mengadakan solat hajat.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut membatalkan acara hiburan Ambang 2015 dan menitahkan agar kesemua masjid negeri mengadakan solat hajat agar kesejahteraan rakyat dipulihkan seperti sedia kala.


[Sumber Foto: Eh!]

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.