TERKINI! Ranking IPTA/IPTS Berdasarkan Sistem Penarafan D-SETARA MQA 2014


Ranking IPTA/IPTS Berdasarkan Sistem Penarafan D-SETARA MQA 2014

MQA atau Malaysia Quality Agency baru-baru ini telah mengeluarkan senarai universiti terbaik di Malaysia mengikut bidang-bidang tertentu. Senarai ini diterbitkan setahun sekali oleh MQA dan dinamakan sistem D-SETARA. Berikut adalah definisi D-SETARA oleh MQA.

Sistem Penarafan Disiplin Pengajian (Discipline-Based Rating System, D-SETARA) mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran pada tahap enam Kerangka
Kelayakan Malaysia (peringkat Ijazah Pertama) dalam disiplin pengajian tertentu di universiti dan kolej universiti di Malaysia.
D isini kami lampirkan senarai univerisiti terbaik oleh MQA mengikut kategori masing-masing berserta dengan sedikit penerangan tentang bidang/kategori tersebut agar dapat sedikit sebanyak membantu pelajar-pelajar yang masih tercari-cari tempat untuk melanjutkan pelajaran.

Hospitaliti & Pelancongan

Bidang hospitaliti & pelancongan adalah satu bidang dimana pelajar akan banyak didedahkan dengan cara untuk memberi khidmat kepada pelanggan. Perkataan hospitaliti itu sendiri berasal dari Bahasa Latin iaitu 'hospitare' yang memberi maksud bersedia menerima tetamu. Kebanyakan peluang pekerjaan dalam bidang ini adalah dalam industri pelancongan dan juga hotel&katering.

Berikut adalah senarai universiti yang berada di tempat teratas di dalam bidang ini mengikut D-SETARA 2014.


Perubatan, Pergigian dan Farmasi

Sesiapa yang mahu bekerja merawat atau berkhidmat kepada pesakit boleh lah memilih universiti-universiti di bawah untuk mencapai cita-cita anda.


Sains Kesihatan

Berbeza dengan bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Sains Kesihatan adalah satu bidang yang akan mendedahkan pelajar dengan penyelidikan. Ini bermakna, mereka yang bekerja dalam bidang ini tidak akan merawat pesakit tetapi akan banyak melakukan penyelidikan.


Kejuruteraan

Sebenarnya, bidang kejuruteraan tersangat luas. Terdapat kejuruteraan komputer, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan kimia dan lain-lain. Oleh kerana itu bidang kerja di dalam industri kejuruteraan amat luas.Tetapi konsep kejuruteraan adalah sama sahaja iaitu menyelesaikan masalah menggunakan kaedah saintifik.

Berikut adalah senarai universiti teratas di Malaysia mengikut D-SETARA. Pastikan universiti yang anda pilih menawarkan bidang yang anda mahu dahulu sebelum mendaftar.


Diharap senarai di atas dapat membantu mereka yang kini masih lagi mencari dimana untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.