Sadis! Peniaga Sayur Maut Digilis Treler di Kilometer 29, Jalan Kuala Lumpur - Ipoh

Sadis! Peniaga Sayur Maut Digilis Treler di Kilometer 29, Jalan Kuala Lumpur - Ipoh

Seorang peniaga sayur yang berusia 59 tahun maut dalam keadaan mengerikan apabila dia digilis oleh sebuah treler daripada arah belakang di Kilometer 29, Jalan Kuala Lumpur - Ipoh.

Mangsa Tan Teng Ka, yang menunggang motorsikal dalam perjalanan menuju ke pekan Rawang untuk menjual sayur telah dirempuh treler pada kejadian jam 8.40 pagi.


Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah diseret sejauh kira-kira 30 meter sebelum meningga dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah pada seluruh anggota badan.


"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Pihak kami juga sudah mengambil ketereangan daripada pemandu treler untuk membantu siasatan."- katanya lagi.

Walaubagaimanapun, pemandu treler yang berusia 34 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.