Ayah DS Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abdul Rahman meninggal dunia

Ayah Anwar Ibrahim meninggal dunia

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)




Ayah ketua parti pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abdul Rahman telah meninggal dunia pada awal pagi ini.

Bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abd Rahman meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi Ahad.

Berita berkenaan dimaklumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi akaun Facebook peribadinya.

"Jenazah dibawa pulang di alamat Lot 459 Pinggir Pelangi Pagi, Country Height, Kajang. Jangkaan setakat ini pengebumian di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, selepas Zohor, InsyaAllah.



Picture
Gambar fail: Datuk Ibrahim Abdul Rahman (kanan) memegang pipi anaknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan meliwat, kali pertama pada 1998.

Dalam Facebook Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR itu berkata, “Untuk makluman semua ayah mertua Kak Wan, Datuk Ibrahim Abd Rahman (ayah Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah kembali ke rahmatullah jam 1.45pagi sebentar tadi”.


Buat masa ini, “pengebumian dijangkakan akan diadakan di Tanah Perkuburan sungai Ramal selepas zuhur,” kata Wan Azizah.

Picture
Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Kali pertama DSAI dipenjara beliau diuji dengan pemergian Ibunda beliau dan juga pemergian Ustaz Fadhil Noor. Kali ni diuji pula dengan pemergian TGNA dan kini, ayahanda beliau," Dr Wan Azizah menulis dalam laman Facebooknya.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.